Skip to main content

PASUM(Part 2)-COURSES

Assalamualaikum. Alhamdulillah... bertemu kita kembali dalam entry ke 3 ini. So sape yang skip2 posts before.. sis sarankan korang pergi dulu yang sebelumnya sebab takut korang pening. Also, PERINGATAN: MAYBE ZAMAN KORANG TAK SAME DENGAN ZAMAN AKAK SEBAB PASUM ADA BUAT SEDIKIT PERUBAHAN DENGAN SISTEM DORANG EVERY YEAR.. (UNTUK DISESUAIKAN DENGAN ZAMAN SEKARANG.. TAPI X LARI JAUH PON.)

Ok, kembali kepada objektif kali ini. Hari ini sis akan cerita pasal PASUM pulak. Ok, sape yang skip2 post tu.. Hai, nama diberi Leea and sis ialah batch PASUM 18/19. Ok, kenapa ada 18/19. Ok, biasenye batch PASUM akan daftar masuk after Raya Aidilfitri(sape yang kene masuk time puasa.. bertabahlah ye.. nak adapt lagi.. nak aktiviti lagi.. Tapi jangan jadikan puasa satu dugaan.) Contohlah.. sis masuk aritu after raya dalam 23 JUNE 2018 and abis pengajian 25 April 2019. So, basically foundation phase makan mase around 10 months. Ha... kejap ke lame? Bagi akak kejap sebab tolak cuti lah.. Bla bla bla.. So, akak masuk PASUM dalam tahun 2018 and 2019.. That's why 18/19. So, batch yang masuk tahun 2019 akan digelar PASUM 19/20. Untuk makluman semua, kitorang x de name batch(macam certain SBP ada nama khas untuk batch). 

PASUM ni ade 2 aliran iaitu aliran sains hayat(life science) dengan sains fizikal(physical science). Sis tergolong dalam budak hayat. 

Hayat students kene amik BIO(obvoiusly), Physics, Chemistry, IT, Jati diri (apa itu? cam biasa.. lain kali kite cerita) , Mathematics. Fizikal students pulak ada Physics, Chemistry, IT, Jati diri, Mathematics, Advanced Mathematics(Matematik Lanjutan) and Programming(Pengaturcaraan). Ha.. sikit kan (HAHAHAHAHAHAHA... YOU'RE WRONG). So, Hayat dengan Fizikal ni beza die hayat ade bio, physical ada advanced math dengan programming. X aci kan fizikal ada 2 subjek while hayat ade  1 subjek lebih. Actually, same je.. Seriously.. same je. So, sape nak amik sains fizikal.. sis sarankan korang kene kukuhkan math. nak x nak.. yang tengah cuti tu.. bukak buku addmath spm korang.. belajar balik sikit2. 

So, kalau korang nak list semua kos. 
 
HAYAT and FIZIKAL 

SEMESTER 1

  1. Mathematics 1
  2. Chemistry 1
  3. Chemistry 2
  4. Physics 1
  5. Physics 2
  6. Jati diri/IT   

SEMESTER 2

  1. Mathematics 2
  2. Mathematics 3
  3. Chemistry 3
  4. Chemistry 4
  5. Physics 3
  6. Physics 4
  7. Jati diri/IT.
Untuk Hayat, korang ada BIOLOGI 1 dan BIOLOGI 2 untuk sem 1 and BIOLOGY 3 and BIOLOGY 4 untuk sem 2. Fizikal students ada  Programming 1 and  Advanced Math 1 untuk semester 1 and Programming 2 and Adavanced Math 2 untuk sem 2. Ha.. kan same tuh. 

Kenapa ada kenapa ada number 1,2,3 dekat course etc?
Ok, kalau ikut batch dulu.. BIO 1 tu adalah Biology sel. die macam ikut chapter besar. Jadi, untuk sistem baru.. dorang x pakai nama panjang2. dorang tukar guna nombor. That's why kalau korang beli past years(ade dekat kedai fotokopi dekat KUAZ@KK11@korang punye hostel) , kalau beli batch lama punye especially 2017 ke atas, die x de BIOLOGY 1/2 etc but actually same je. However, batch sekarang belajar x same dengan  batch dulu. Batch dulu ada yang kos 2 tahun.. so, dorang belajar lebih. So, maybe past years yang dulu2 ade yang korang x leh jawab sebab lain sikit. Tapi  delah silibus tu bertukar 360. adelah sikit2 yang korang x belajar sebabkan duration batch korang. Also, dulu dalam CHEM 4 batch dulu ada belajar bab CARBOHYDRATE but sampai batch sis  bab tu lecturer x ajar. 

Untuk subjek chem dan physics, korang akan belajar half-half. maksudnye Half sem1 akan belajar chem 1 and physics 1  and another half sem 1 korang akan belajar chem 2 and physics 2. Kalau BIO 1/2/3/4 dan Mathematics 2/3 korang akan belajar serentak. So, every week korang akan ada lecture BIO 1 dan BIO 2 untuk sem 1. Sem 2, korang akan ada lecture BIO 3/4 dan Mathematics 2/3. Diingatkan sekali lagi, every single subjek 1/2/3/4 x kan same antara satu sama lain. So, korang xkan bercampur(In Sha Allah). For example, MATH 2 ialah algebra dan kalkulus while MATH 3 ialah statistik. Ha.. kan beza tu. So, yang subjek bergerak serentak tu korang akan jumpe sampai abis sem while yang subjek half half tu.. Contohnya, korang belajar CHEM 1 habis half sem 1 yang first korang akan tinggalkan CHEM 1 dan berpindah ke CHEM 2 dalam another half SEM 1 yang lain. So, akak sarankan kalau ade yang subjek half-half ni korang kene mantapkan dulu sebelum korang berpindah ke another course (ade CHEM 2/4 and Physics 2/4) sebab korang akan jumpe time final. 

IT DAN JATI DIRI

Ok, . kite cerita dulu pasal IT/ Jati diri. Ok, kenapa sis slash kan die.. Sebab Hayat dan Fizikal students akan bergilir-gilir belajar. Usually, hayat students akan belajar Jati diri mase sem 1 and IT mase sem 2. Fizikal pulak IT mase sem 1 and Jati diri sem 2. So, bergilir-gilir. And subjek ni WAJIB LULUS. Kalau x lulus.. sis x sure tapi susahlah nasib korang nanti. Subjek ni korang buat je betul2. In sha Allah lecturer bagi lulus. Ok, IT ni mcm korang familiar belajar pasal komputer. Yes, but x delah complicated sangat. Just, belajar pasal computer(apa itu PC, external etc), belajar cara nak guna microsoft word, microsoft excel. So, sape2 yang rabun IT(Im sure most of you x delah buta IT sangat.. hehehehe).. korang kene amik peluang ni untuk belajar skills ni sebab korang nak guna time degree.. So, akak sarankan kalau time asignment.. buat sendiri2.. jangan dok copy paste.. kalau nak buat jugak .. silakan.. tapi INGAT! Korang yang rugi. Ingat! PASUM x kan design kos tu saje saje je... mesti ade sebab die. yang sis nampak lah,... IT ni untuk prepare korang sebelum alam degree.. That's it. Ok, move on to jati diri. In my opinion, Jati diri ni macam Sivik lah.also, jati diri ni nama penuh die Pembinaan dan pembangunan jati diri. So, tujuan die nak memantapkan jati diri korang. x delah lupa dunia time degree nanti. Nanti Jati diri ni ada buku die warna kelabu.

(BELAS IHSAN GOOGLE)
Ha.. macam tu... kecik je saiznye mcm novel. nanti kalau dah masuk pasum... Nanti seniors ade jual buku ni(buku senior dulu2) sis sarankan korang belilah sebab buku ni serious berguna untuk final nanti. Dulu, mase MSKP(Majlis Suai Kenal Pelajar@ macam orientasi) senior ade bukak satu kaunter dekat kafe..memang banyak  buku.. especially reference books. So, sape yang x berkemampuan atau nak jimat belanja for buku.. korang belilah mase tu.. berebutlah sikit. Kalau dapat senior yang rajin belajar, korang akan dapat buku yang berconteng. Tapi nak buat macam mane. (p/s: kalau nak teka buku mana yg x banyak conteng.. korang cari buku yang paling lawa.. ha.. yang tu In Sha Allah x berconteng sampai menyerabutkan mata. hahahaha). Ok, sambung,... sis dapatkan buku ni RM 2. Ha.. murahkan.. So, sape yang x dpt beli dari senior.. korang beli dari lecturer.. In Sha Allah, ada lecturer akan bagitau bile.. tapi cepat-cepat sikit. takut abis.(biasanya cukup je.. tapi manalah tau tahun korang stock x banyak ke). Harga asal buku ni RM 23(kalau x silap.. tapi RM20 ke atas lah yang pastinya). Ha... nampak x beza RM 2 dengan RM 23 tu. Also, batch 17/18 x de perikse untuk jati diri. So, buku dorang seriously nampak macam baru. Oh.. btw. both jati diri and it ade perikse masa final. Alah.. objekif je.. tapi confusing lah sikit.. especially jati diri.. korang bace soklan betul2. die nak "kesan untuk masyarakat" ke "kesan untuk negara" ke "kesan untuk individu". IT pulak korang bace je modul yang lecturer bagi. Tapi ada lah sikit soklan common yang die tanya.

Jati diri ni ade projek tau. alah.. mcm final year projek(hehehe.. feeling feeling degree gitu). Mase batch kitorang.. jati diri kitorang kene buat video.  hahahahahahahaha.... malu. So, sape yang sporting gitu.. boleh lah korang belakon. nanti korang akan diberi tajuk.. n then pepandai lah korang rangka cerita korang. Also, video tu akan ditayangkan di dalam lecture hall. Ya Allah... segan weyhh... Tapi akak sarankan korang buat awal2. jangan tangguh2. serious.. Masa foundation ni.. korang kene disiplin. Jangan tangguh.. nanti bertindih2 schedule korang. KETUA MAIN PERANAN. Oh... lupe..JATI DIRI ni korang akan duduk dalam lecture  hall and then lecturer akan ajar(akan selitkan cerita2.. bestlah jugak daripada korang tidur). x de duduk dalam tutorial class(ape tu? nanti eh next post). Attendance akan diambil. So, please.. especially boys.. SILA DATANG. even tho bosan gile(especiallly jati diri).. SILA DATANG! Jangan buat lecturer korang terasa. Dorang yang bagi markah tau. Ade certain lecturer yang alert dengan attendance. Kalau kene.. nasiblah...

Comments

Popular posts from this blog

Asasi(PASUM) atau Matrikulasi

Assalamualaikum korang semua. Jadi, seperti yang korang nampak pada tajuk  hari ini, Lee ada pesanan untuk sesiapa yang dilema nak pilih matrikulasi atau asasi(dalam konteks ini adalah PASUM) Disclaimer: Oleh kerana,kolej Matrikulasi ini ada di seluruh Malaysia,mungkin ada fakta yang tidak sama dengan kolej Matrikulasi yang lain (seperti keadaan bilik di kolej dan lain-lain.Namun, kalau dari segi sistem pembelajaran, semuanya sama). Cerita Lee ini berdasarkan pengalaman kawan Lee yang berada di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh) dan dari pembacaan blog-blog yang Lee pernah baca.Malah, Lee tiada niat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak, cuma nak beri penjelasan untuk korang di luar sana yang dilemma nak pilih mana satu. Sesiapa yang baca blog Lee buat kali pertama. Selamat berkenalan! Lee merupakan lepasan pelajar PASUM 18/19. Jadi, memang banyaklah Lee akan cerita pasal PASUM kat sini. Untuk pengetahuan korang semua, PASUM=Pusat Asasi Sains Universiti Malaya 1. Tempoh Penga...

It's QnA time!!!!!!(PASUM EDITION)

Assalamualaikum wahai readers. Lama dah sis tak update blog. Maklumlah, busy dengan preparation for my degree. Dalam post kali ini, sis akan tulis questions yang selalu orang tanya(macam FAQ about PASUM). And bear in mind, ini zaman sis..(Maybe, korang punya lain sikit). So, siapa yang ada another question nak tanya, boleh comment ye. P/s: Tahniah kepada students PASUM 19/20 dah masuk. Minggu ni korang midsem 1 kan? Amacam? I wish u all good luck ye.. 1. PASUM ni berapa tahun? Ok, PASUM ni sama je macam matriks. 1 tahun. Ada dua semester.  2. PASUM ni kena aktif koko ke baru dapat kolej untuk Sem 2? Tak. Semua pelajar PASUM diwajibkan tinggal di KUAZ(Kolej Kediaman Ungku Aziz) yang berada di dalam UM jugak. Tapi untuk time degree nanti(di mana2 uni korang kena aktif koko baru dapat kolej kediaman untuk tahun seterusnya. So, kesimpulannya, PASUM bukan DEGREE ye.. So, tak payah nak cari rumah sewa. Also, memang KUAZ tu khas budak PASUM sahaja sebab senang nak buat akt...

101 things that u need to know about PASUM( AND MY EXPERIENCE)

Assalamualaikum everyone.Bertemu kita lagi di post ini. P/s: Boleh lah korang nak jot down apa2 yang korang nak bawak nanti. First of all, sis nak cerita my experience before PASUM and how to prepared before masuk PASUM ad also what u will experience on the first week in PASUM.  Pra PASUM So, Pra-PASUM atau bakal PASUMIAN(which are most of you readers here).. first of all, congratz lah kerana diberi peluang untuk menjadi warga PASUM.  (Berbalik pada cerita.......) Bila dapat tahu dapat PASUM.. Huhuhu... gembira wehh.. sebab dapat first choice dalam UPU. So, biasanya pihak UPU akan bagi link untuk ke website uni tersebut. So, korang kene download everthing dalam website tu. One of thing yang sis nak highlight kat sini adalah medical check up. Ya.. kepada students PASUM.. korang kena buat medical check up di mana2 hospital berdekatan. Masa batch sis.. ujian sampel darah x diperlukan(sebab yang tu untuk international students sahaja) , just kena buat x-ray and then ma...