Skip to main content

Asasi(PASUM) atau Matrikulasi

Assalamualaikum korang semua. Jadi, seperti yang korang nampak pada tajuk  hari ini, Lee ada pesanan untuk sesiapa yang dilema nak pilih matrikulasi atau asasi(dalam konteks ini adalah PASUM)

Disclaimer: Oleh kerana,kolej Matrikulasi ini ada di seluruh Malaysia,mungkin ada fakta yang tidak sama dengan kolej Matrikulasi yang lain (seperti keadaan bilik di kolej dan lain-lain.Namun, kalau dari segi sistem pembelajaran, semuanya sama). Cerita Lee ini berdasarkan pengalaman kawan Lee yang berada di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh) dan dari pembacaan blog-blog yang Lee pernah baca.Malah, Lee tiada niat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak, cuma nak beri penjelasan untuk korang di luar sana yang dilemma nak pilih mana satu.

Sesiapa yang baca blog Lee buat kali pertama. Selamat berkenalan! Lee merupakan lepasan pelajar PASUM 18/19. Jadi, memang banyaklah Lee akan cerita pasal PASUM kat sini.

Untuk pengetahuan korang semua,
PASUM=Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

1. Tempoh Pengajian
PASUM- hanya 1 tahun(tiada extend)

Matrikulasi- Pihak matrikulasi ini ada sediakan 2 program iaitu Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT). Program ini akan ditentukan oleh pihak KPM sendiri mengikut keputusan SPM korang. Jadi, korang tak boleh pilih nak PST atau PDT. 


2.  Bagaimana nak memohon?
PASUM-Korang perlu beli pin di BSN untuk akses laman web UPU(Unit Pusat Universiti). Bila korang dapat akses untuk laman web UPU, korang boleh pilih pilihan Asasi korang.(P/s:Siapa yang bercita-cita belajar diPASUM, sila letak sebagai pilihan pertama. Kalau letak sebagai pilihan kedua, kemungkinan untuk korang dapat PASUM sudah semakin kurang)

Matrikulasi- Korang masih perlu beli pin di BSN juga. Bila sudah beli, in sha Allah, korang boleh akses laman web matrikulasi untuk mohon matrikulasi mana yang korang nak.
(Biasanya hebahan permohonan untuk ke matrikulasi diadakan sebelum SPM manakala UPU selepas SPM. SILA PEKA!)

3. Tempat belajar?
PASUM-Kalau dapat tawaran PASUM, memang sah-sah korang akan bermastautin di KL selama 1 tahun. Dahuly, pelajar APIDS belajar di cawangan UM di Nilam Puri, Kelantan. Tetapi sekarang, memang semuanya termasuk APIDS duduk di kampus utama UM.

Matrikulasi- Oleh kerana, matrikulasi ini ada di hampir seluruh negara(tak semua negeri ada kolej matrikulasi), jadi,memang banyak pilihan yang korang boleh pilih tetapi biasanya, pihak KPM akan beri tempat yang hampir dengan tempat tinggal korang. Contohnya, kalau duduk KL, biasanya korang akan dapat Kolej Matrikulasi Selangor(sebab senang nak balik) tetapi kalau ada rezeki untuk ke merantau negeri orang seperti sepupu Lee yang tinggal di Kelantan tetapi dapat Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang, pergilah. Janganlah merajuk sebab tidak dapat pilihan yang korang nak. Jadi, tidak  perlulah nak membazirkan masa untuk memilih kolej matrikulasi di Sabah/Sarawak kalau empunya diri itu duduk semenanjung. 


1. Aliran?
PASUM- Umumnya, aliran di PASUM ada 3 iaitu Aliran Hayat dan Fizikal serta APIDS(Asasi Pengajian Islam dan Sains)
Korang boleh rujuk link di  bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
(Blog yang Lee pernah tulis:
(kalau nak tahu lebih lanjut tentang aliran di Pasum:Hayat dan fizikal)
 ( Tentang APIDS)


Matrikulasi- ada  banyak jurusan. Jadi, ada 3 modul iaitu Modul 1, Modul 2 dan Modul 3 untuk jurusan sains, jurusan akaun dan jurusan teknikal.
(Oleh kerana Lee hanya tahu yang jurusan sains je, Lee hanya akan terangkan jurusan sains sahaja ya. Aliran lain korang boleh google sendiri sebab Lee nak elakkan kesalahan fakta)

Untuk pengetahuan semua,
Ketiga-tiga modul ini ada menawarkan subjek-subjek yang berbeza iaitu:
 i. Modul 1: Math,Kimia,Biologi dan Fizik
ii. Modul 2:Math,Kimia,Fizik,Sains Komputer
iii. Math,Kimia,Biologi,Sains Komputer.


  Cumanya apa yang Lee tahu sesiapa yang berminat untuk ambil bidang perubatan/pergigian pada msa degree, korang kena ambil Modul 1.

2.Aliranyang ditawarkan adalah pilihan sendiri atau diberi?
PASUM- Ya, kita pilih sendiri. Dalam UPU nanti, contoh pilihan untuk PASUM adalah 'ASASI UM(SAINS HAYAT)'. Jadi,siapa yang nak ambil Sains Hayat sila klik betul-betul. Jangan salah pilih sebab ada  sesetengah kes di mana ada pelajar sebenarnya nak ambil Sains Hayat tetapi dia tertekan Sains Fizikal(dia tak perasan dalam kurungan tu). Jadi, tolong baca betul-betul masa pilih nanti. Nanti menyesal!

Matrikulasi:Biasanya pihak KPM sudah tentukan modul mana korang akan dapat sebab akan tertera di surat tawaran. Kalau nak tukar aliran, Lee tak berani nak cakap sebab Lee bukan pelajar matrikulasi. Korang boleh baca blog blog senior matrikulasi yang lain.

3. Mungkinkah kita akan dapat dua tawaran(matrikulasi dan PASUM) pada satu masa?
Ya, ianya boleh terjadi kerana korang mohon di 2 laman web yang berbeza. Lee dulu memang dapat 2 tawaran tapi pilih satu. Tak kanlah nak kerat 2 badan, satu pergi matriks, satu pergi PASUM..hihihi..

4. Anggaran yuran macam mana? Mana lagi ok?PASUM atau Matriks?
Hmm.. kalau pasal yuran ni, memang PASUM lebih mahal. Matriks hanya makan ratus-ratus je (rasanya RM 500 tetapi Lee tak pasti sama ada RM 500 untuk saru sem atau dua sem) tetapi PASUM secara kasarnya memakan RM 2 ribu Sem 1 dan RM 1 ribu Sem 2. Jadi, sila buat pilihan bijak. Namun begitu, kedua-dua PASUM dan Matrikulasi ada bantuan kewangan bagi pelajar yang tidak berkemampuan. Janga risau, ya?

5. Dari segi silibus pembelajaran sama tak?
Secara keseluruhan, silibus yang dipelajari kedua duanya sama sahaja. Tetapi jujurnya, di PASUM, kami belajar lebih SIKIT berbanding dengan Matriks. Sikit je.. tak banyak pon.

6. Ada kelas malam tak?
PASUM-Tiada. Memang sepanjang Lee belajar di PASUM, memang lecturer tak pernah buat kelas malam dan malam biasanya ada aktiviti kolej di KUAZ.

Matrikulasi- Berdasarkan apa yang Lee peenah baca di blog-blog senior ,pelajar di matrikulasi memang ada kemungkinan untuk ada kelas malam tetapi bergantung pada pensyarah masing-masing


7. Teknik pengajaran macam mana?
Secara keseluruhan, kedua-duanya hampir sama je. Kuliah, kelas tutorial dan amali. Itu jelah yang semua pelajar PASUM dan Matriks akan harungi. Tetapi, mestilah PASUM ada style juga yang tidak jumpa di Matrikulasi. Kalau rajin
 boleh lawat link di bawah untuk baca tentang life di PASUM(boleh tahu gaya hidup di PASUM macam mana).
part 1: https://leeyasya.blogspot.com/2019/06/a-day-in-life-as-pasumian-part-1.html
part 2:  https://leeyasya.blogspot.com/2019/06/a-day-in-life-as-pasumian-part-2.html
part 3: https://leeyasya.blogspot.com/2019/06/a-day-in-life-of-pasumian-part-3.html

8. Dari segi persekitatan berbeza ke ?

 Matrikulasi- kawan Lee cakap matrikulasi masih mengekalkan susasananSBP/sekolah berasrama seperi ada sistem outing(perempuan dan lelaki outing hari yang lain.

PASUM- yang ni memang korang berada di alam universiti dan korang akan dapat merasa gaya hidup universiti lebih awal dari orang lain. Jadi, pelajar PASUM boleh keluar bila-bila masa(tiada siapa nak halang) selagi tak makan masa kelas di PASUM atau bahasa mudahnya ponteng kuliah  dan balik ke KUAZ sebelum pukul 12 am(sebab KUAZ ni berpagar nanti pagar tutup,pandai2 lah). Ya, memang PASUM masih mengambil berat tentang kehadirannya tak seperti stereotaip masyarakat di luar sana yang fikir bila duduk universiti boleh pergi ke kuliah/kels sesuka hati(nak pergi ataupun tak nak). Kalau selalu ponteng, korang akan dapat surat amaran dan yang paling tak suka bila sudah kali ketiga dapat surat amaran, surat akan dihantar kepada ibu bapa di rumah/kampung anda. Jadi, tak manislah kan.Bayar mahal-mahal tetapu tak nak gunakan sebaik-baiknya dan ibu bapa kita mesti kecewa. 



9.  Orang kata kalau tak tahu nak mabil program/course, lebih baik pergi matrikulasi sebab asasi adalah untuk orang yang dah ada tahu nak program apa  semasa degree. 

Lee nak cakap benda ni kurang tepat.  Orang yang dah tahu nak ambil program apa HANYALAH untuk orang yang minta Asasi Tertutup SAHAJA. Hah apa tu?
       Baiklah, asasi ada 2 jenis, Asasi terbuka (PASUM dan Asasi UITM, Dengkil) dan Asasi tertutup(selain PASUM dan Asasi Uitm dengki). Maksud terbuka tu selepas habis asasi, korang masih kena isi upu seperti pelajar matrikulasi dan STPM/STAM untuk pilih program semasa degree nati. Jadi, students PASUM dan Asasi UITM dengkil masih boleh pilih  program-program yang ditawarkan di universiti lain tak semestinya di universiti yang korang belajar masa asasi(Yang ni amat berguna sekiranya ada sesetengah kes di mana ada orang rasa UM tak sesuai dengan jiwa dia. Uishh.. Sampai macam tu sekali nohh.). Macam Lee, belajar di PASUM masa Asasi dan sekarang degree di UKM.
       Asasi tertutup pula memang korang kena tahu program apa yang korang nak ambil semasa degree nanti. Contohnya, sesiapa yang memilih "Asasi UIA:Pergigian" memang semasa degree, anda tidak perlu isi UPU(tidak boleh pun sebenarnya), dan teruskan pengajian di dalam course pergigian di UIA sahaja.(kalau result asasi teruk anda akan dapat course lain tapi masih di UIA).

10. Dari segi pemakaian sama ke untuk students Matriks dan PASUM?
Ya, korang tiada pakaian seragam(tak seperti sekolah). Korang boleh pakai baju kurung for perempuan dan baju kemeja dan seluar slack untuk lelaki. Jangan lupa kad matriks ya.

11. Mana lagi selesa untuk belajar?
Jujurnya,  Lee suka belajar di PASUM kerana suasana yang sangat selesa. Siapa dulu selalu merungut kelas panas lah,korang kena masuk PASUM sebab semuanya(kecuali lab) dilengkapi dengan pendingin hawa(dari bilik kuliah hingga bilik tutorial menggunakan pendingin hawa) Dilengkapi dengan UM Wifi tanpa had, memang terbaik tetapi korang jangan hanyut pula.

12. Ada aktiviti kokurikulum tak?
Ya, kedua-duanya ada.  Dalam bidang sukan, pelajar matrikulasi ada peluang untuk berentap dengan kolej matrikulasi negeri lain. Kiranya macam sukan peringkat matrikulasi. Masa itulah korang boleh buat kawan2 baru dari kolej-kolej lain. Kalau PASUM pula, korang ada juga ada acara sukan yang korang boleh bersaing dengan pelajar-pelajar di  asasi lain seperti sukan peringkat asasi dan juga ada SUKMUM di mana korang boleh berentap dengan pelajar-pelajar kolej kediaman yang lain di UM dan masa inilah korang boleh jumpa ramai pelajar degree.

13. Ada mesin basuh tak?
Alhamdulillah.. Kedua-duanya ada kemudahan ini. Cumanya Lee ada dengar yang matriks punya masin basuh mahal sikit.. Sekali pakai mesin basuh makan kos (RM 3/4). Di Pasum hanya makan RM 2 je(kedua-dua duit: duit kertas dan duit syilling boleh pakai tetapi bergantung pada aras dan blok mana).

14. Pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa apa? Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris?
Setakat yang Lee tahu, kedua-duanya masih memakai bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran cuma bahasa pegantar dalam kuliah mungkin campur-campur(bergantung pada pensyarah) Namun, di PASUM masih boleh jawab esei di perperiksaan akhir dalm BM atau English(take note, ni masa zaman Lee, zaman korang pula bergantung).


15. Matriks ada kemudahan Wifi tak?
Tidak semuanya kolej ada(yang ini Lee tak sure sebab Matriks Pahang tiad kemudahan wifi. Kolej lain Lee tidak pasti) jadi, sila  beli pelan internet sendiri. Kalau PASUM, UM memang sediakan UM Wifi di satu UM. Maksudnya, dari dalam bilik tidur di KUAZ sampailah di PASUM, In sha Allah ada je, cuma bergantung kepada kuat ke lemah isyarat wifi tu. Malah, WIFI ini memang korang dah bayar kerana ianya termasuj dalam yuran, jadi sila gunakan sebaik-baiknya. 


 16 Ada tak kelebihan belajar di matrikulasi?(sebab asyik nampak PASUM je)
Ada. Korang belajar bersungguh-sungguh di Matrikulasi nanti dan dapat keputusan yang baik dan kalau ada rezeki, boleh belajar luar negara bawah tajaan KPM dan bila balik Malaysia, korang akan bekerja sebagai pensyarah di kolej matrikulasi.Lee tak berani nak cakap pasal syarat-syarat nak dapat tajaan tu tetapi memang ada kawan Lee sedang belajar Australia bawah tajaan KPM. (Congratz Luq!). Secara umunya, kalau Luq ni pandai dan aktif masa matrikulasi. Mungkin korang boleh jadi macam Luq untuk dapatkan tajaan itu. PASUM pula tiada tajaan-tajaan dari pihak universiti sebegink(DAN  PERKARA INI TAK TERMASUK TENTANG BIASISWA MARA, JPA DAN LAIN-LAIN). Tapi, sekurang-kurangnya korang mampu menimba pengalaman di universiti ini dan peluang untuk untuk kejutan budaya  masa degree tu agak kurang  sedikit berbanding pelajar-pelajat Matrikulasi/STPM/STAM.

17. Dari segi tempat tinggal,mana yang lebih selesa? Matriks atau PASUM?
Jujurnya, Matriks lebih selesa(Lee merujuk kepada Kolej Matrikulasi Pahang) sebab bilik lebih luas dan  'tak sesak'. Bilik di KUAZ tu agak sempit. Namun,  bersyukurlah..Korang sudah daat wifi semuanya tak kan semua nak selesa kan?. (p/s: dalam bilik di KUAZ pakai kipas ye bukan pendingin hawa)

18. Jauh tak dorm dengan tempat belajar?
Matriks: Dekat sangat2.
PASUM:Makan masa dalam 10-15 minit(mengikut kepantasan korang jalan). Agak jauhlah sikit. Memang berpeluhlah pagi2 pergi kelas. Tap ada alternative lain(naik basikal, UNIRIDE atau GRAB). Namun, sekurang-kurangnya korang boleh bersenam sikit pagi-pagi.

19. Dari segi perperiksaan, ada perbezaan tak?
Ya,berbeza
PASUM: Soalan dibuat oleh pensyarah sendiri. Jadi, faham betul-betul nota kuliah dan tutorial sebab semua itu juga disediakan oleh pensyarah yang sama dan TIDAK! kami tidak dapat soalan bocor dari pensyarah kami tau(memandai je siapa yang cakap tu. Babap kang)
Matrikulasi: Oleh kerana korang masih di bawah KPM, jadi stail peperiksaan korang sama seperti SPM/STPM.Kertas peperiksaan korang akan ditanda oleh cikgu2 di negeri lain dan soalan peperiksaan akan dibuat oleh pihak atasan bukan pensyarah korang. Jadi, korang kena biasakan buat past years tau.

20. Jadi saya patut pilih mana satu?
Hmmm.. Lee pun tak boleh nak tentukan sebab ini masa hadapan korang.  It's up on you. Selepas habis  korang baca ni, korang renung dan fikir masak-masak. Tapi INGAT! kalau dapat PASUM, buat betul-betul dan sesuaikan dir cepat sebab alam PASUM ni hampir dengan gaya hidup universiti yang sangat bebas manakala Matrikulasi masih mengekalkan vibe sekolah berasrama(alah.. macam sekolah+universiti jugak cuma lebih kepada sekolah). Ingat ! tak semestinya masuk PASUM akan berjaya dan tak semestinya masuk matrikulasi ni akan gagal. Kedua-duanya hanyalah platform untuk korang menuntut ilmu. Contohnya, pelajar A ini dari MRSM manakala pelajr B ini dari sekolah harian biasa. A dan B mungkin belajar di persekitaran berbeza tapi boleh jadi B lebih bagus dari A kerana lebih rajin dab tekun dalam menuntut ilmu berbanding A walaupun taraf sekolah mereka berbeza. Contoh yang lain  adalah, A ada kereta kancil dan B ada BMW. Kedua-duanya memang jauh beza daru segi harga tapi kalau pandai pandu , in sha Allah, dua-dua bole sampai ke destinasi yang dituju.Kedua-duanya ada peluanh untuk dapat accident kalau tak reti bawa. Justeru, pilihan di tangan anda tentukan dengan bijak. Nak pilih matrikulasi atau PASUM?Nak buat tutorial sendiri mahupun tiru tutorial orang lain adalah pilihan anda. Nak pergi kelas ke tak nak ikutlah.. Tapi ingatlah, reti buat, retilah tanggung. Buat solat istikharah. Minta dengan Allah.  Apa jua keputusan  yang korang dapat nanti, just do you best. Good luck guys...

Tambahan:Pelajar matrikulasi ini ada kelebihan di mana korang boleh jumpa kawan semasa matrikulasi(sekurang-kurangnya seorang) di alam degree kelak. Jadi, tak delah korang bersendirian sangat.


Thank u for reading. Love you 3000

Yours truly, 
Lee!

Edit: Kandungan telah diedit pada 8 Jun 2020 sebab Lee tidak tahan baca kerana nampak banyak sangat kesalahan ejaan dan tatabahasa yang merapu. In sha Allah, Lee akan buat blog baru untuk degree pula cuti sem ini. Korang boleh cari guna url Lee( https://yourstrulylee.blogspot.com)

Comments

  1. Replies
    1. Hi. Sorry for the late reply. If u ask me is it hard to get PASUM, for me it's not that hard. I mean there's no interview. So, it based on your spm result. If u didn't get straight A's, then it's fine because some of my friends weren't Straight A's student during their SPM day. Remember to choose Pasum as your first choice tau. But do remember, if u don't get into PASUM, then it's okay. There's a lot of opportunities out there waiting for u. However, if u do get into PASUM, then promise me u will do your best because PASUM is not a honeymoon place. It's just a platform for u to learn. Please do visit my other entries in this blog. I wish u the best.

      Yours Truly,
      Lee

      Delete
  2. majority pasum students memang reti speak English fluently ke? saya bercita-cita nak masuk pasum tapi kelemahan saya tula tak reti sangat speak English ni..kalau tulis bole pulak hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay. I also not that good when it comes to speak English. Tapi, pembelajaran/lecture notes semua dalam English. Kalau, kamu belajar sains dalam bahasa Inggeris semasa peringkat SPM, tak pe(sebab saya pun begitu juga dahulu). Pandai tak pandai English tu belakang kira. Asalkan awak rajin praktis cakap English je. Satu lagi, nanti masa kat PASUM, awak akan ambil perperiksaan MUET tau.MUET ni macam periksa bahasa Inggeris tapi ada listening, writing and satu lagi macam discussion( basically, the discussion part tu, u will be grouped with 3/4 people in one group and you guys will be given a topic and gotta talk about it for a few minutes while there's 2 judges at the side). Takpe, kalau tak faham google je nanti dan MUET ni juga wajib untuk semua pelajar yang nak mohon masa degree.P/s:MUET SERIUS PENTING SEBAB KALAU NAK MOHON UNTUK SAMBUNG DEGREE, ADA SYARAT KELAYAKAN MUET KENA BAND BERAPA. Tapi, pendek kata.. Tak reti English boleh je masuk PASUM. Tak reti tak pa, asalkan nak belajar. Kalau boleh praktis dengan kawan-kawan supaya dapat tambah keyakinan untuk MUET.

      Delete
  3. pastu lagi satu betul ke laptop unnecassary nak bawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes and no. Sebenarnya peringkat Asasi ni, bagi saya tak perlu lagi ada laptop kerana semua assignment masih bertulis( tapi kalau student Sains Teknikal, saya sarankan bawa sebab roomate saya dulu ada ambil program programming, jadi, sah sahlah kena buat coding dengan komputer sendiri. Kalau tak, kena pinjam laptop kawan.Saya dulu bawa je komputer untuk print lecture notes (saya student Sains Hayat)tapi kat kolej nanti ada kedai fotokopi. Kat situ, semua lecture notes orang kedai tu dah printkan, cuma tinggal beli je. Nak bawa laptop ni ada pros and cons. Pros dia boleh print lecture notes berwarna(ni sebab kedai fotokopi tu hanya print yang hitam putih je) dan tak payah susah2 pergi kedai fotokopi(p/s: kedai tu sebelah kafe je pun). Satu lagi, bolehlah layan movie dengan roomate ke. Tapi cons dia, kena jaga elok2 sebab ada je kes kecurian berlaku di kolej masa Lee dulu. Pastikan laptop semua simpan dalam locker yang berkunci sebelum keluar bilik. Jadi bagi saya, nak bawa boleh, tak nak bawa pun boleh.

      (Kalau bawa laptop, jangan lupa daftar kat pejabat kolej ya. Takut ada spotcheck mengejut dan laptop kita tak berdaftar, nanti kena dends pula)

      Yours truly,
      Lee

      Delete
    2. Pembetulan: Sains teknikal tu nama betul dia Sains Fizikal

      Delete
  4. Hello! Do I still have a chance of getting into foundation in life sciences at PASUM if both my addmaths and physics are A-?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uwu. The answer is yes because you already pass the minimum requirement to enter Pasum. You can refer to this link here : https://asasi.um.edu.my/foundation-in-life-sciences

      (if the link doesn't work, you can just refer to the official website if PASUM)

      But it also depend on the competition. So do pray a lot tau!
      The main key is to put your PASUM option as your first choice in your upu application because if u put it in your 2nd/3rd choice, it gonna decrease your chance to enter PASUM even more.

      Good luck in your study~ (in Pasum or anywhere else)

      P/s: I think this is the fastest comment tha I've ever answered. ( your rezekilah~)

      Yours truly,
      Lee

      Delete
    2. Thank you so much, Lee!<3

      Delete
  5. im in a dilemma between pasum or matric, both got their on pros n cons.But Im so scared to enter PASUM since im just an average student and takut tak boleh catch up dengan pasum punya syllabus.Do u have any advice for me sebab i totally dah buntu :(
    Thanks in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anonimousz.

      You're exactly like meπŸ˜‚πŸ˜‚. When i first got into PASUM, I'm just an average student(I'm from SMK). Plus I got no friends too. So, i kinda get mental breakdown cause I've seen a lot of students that are really smart/genius. Little did i know, that kinda thoughts eaten me bit by bit until I have total mental breakdown (before the final week) because I feel that i'm the worst student ever as I cannot understand and catch up with syllabus plus my smart friends just feel it is normal and easy to understand. I can't tell u which one u should choose(cuz I only experienced PASUM snd not matriks life and I don't really know how Matriks student felt). All those information about matriks above are from my readings and also from experiences of my friends that studied in matriks So, it's kinda biased for me to tell u which one is better.

      So, if u want to choose PASUM. Be ready. U gotta be strong. U gonna be surrounded with all those MRSM, SBP students and some of them are kinda smart. But who cares? Just work harder. U don't have to admire all those students that went to lecturer to ask question at the end of lecture. Be true to yourself. If u don't understand the lecture, go back to KUAZ and study(don't procrastinate tau). I' m not saying those students that went to lecturers to ask questions at then end of class is belagak/poyo. It's just be you. They might understand the lecture during the class, but if u tak faham, then study more. PASUM is not the place for smart students, it a place for harworking students. I'm not denying the fact that some of them might be smart( masa final, still main game and end up 4.0. Jangan pelik tau. AdaπŸ˜‚ especially boys) but those are their rezeki. So, we as average students must work harder and don not care/question on how other people study. Why they just relax relax je. Seriously, be selfish. Tak faham, study. Jangan asyik nak jalan jalan je.

      I love one quote from Adi Putra. "Talent is just a talent. It doesn't mean success". (you can see the vidro here : https://youtu.be/Mx3-Rx8ckBE ) .


      So, if u choose PASUM, fo your best. Don't care about how smart your friends are but care about how u gonna understand that thing if u still tak faham. Do tutorials, ask questions to the lecturer if u really tak faham. Do not show off tau. Also, betulkan niat. Why u want to study there. Is it just to show off or u really wanna go there to challenge yourself in new environment and to prepare better you in the future.

      Good luck in your studies.

      Yours truly,
      Lee


      Delete
  6. Can non-bumi enter pasum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no, unless maybe you got scholarship from jpa or the likes of it

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

It's QnA time!!!!!!(PASUM EDITION)

Assalamualaikum wahai readers. Lama dah sis tak update blog. Maklumlah, busy dengan preparation for my degree. Dalam post kali ini, sis akan tulis questions yang selalu orang tanya(macam FAQ about PASUM). And bear in mind, ini zaman sis..(Maybe, korang punya lain sikit). So, siapa yang ada another question nak tanya, boleh comment ye. P/s: Tahniah kepada students PASUM 19/20 dah masuk. Minggu ni korang midsem 1 kan? Amacam? I wish u all good luck ye.. 1. PASUM ni berapa tahun? Ok, PASUM ni sama je macam matriks. 1 tahun. Ada dua semester.  2. PASUM ni kena aktif koko ke baru dapat kolej untuk Sem 2? Tak. Semua pelajar PASUM diwajibkan tinggal di KUAZ(Kolej Kediaman Ungku Aziz) yang berada di dalam UM jugak. Tapi untuk time degree nanti(di mana2 uni korang kena aktif koko baru dapat kolej kediaman untuk tahun seterusnya. So, kesimpulannya, PASUM bukan DEGREE ye.. So, tak payah nak cari rumah sewa. Also, memang KUAZ tu khas budak PASUM sahaja sebab senang nak buat akt...

101 things that u need to know about PASUM( AND MY EXPERIENCE)

Assalamualaikum everyone.Bertemu kita lagi di post ini. P/s: Boleh lah korang nak jot down apa2 yang korang nak bawak nanti. First of all, sis nak cerita my experience before PASUM and how to prepared before masuk PASUM ad also what u will experience on the first week in PASUM.  Pra PASUM So, Pra-PASUM atau bakal PASUMIAN(which are most of you readers here).. first of all, congratz lah kerana diberi peluang untuk menjadi warga PASUM.  (Berbalik pada cerita.......) Bila dapat tahu dapat PASUM.. Huhuhu... gembira wehh.. sebab dapat first choice dalam UPU. So, biasanya pihak UPU akan bagi link untuk ke website uni tersebut. So, korang kene download everthing dalam website tu. One of thing yang sis nak highlight kat sini adalah medical check up. Ya.. kepada students PASUM.. korang kena buat medical check up di mana2 hospital berdekatan. Masa batch sis.. ujian sampel darah x diperlukan(sebab yang tu untuk international students sahaja) , just kena buat x-ray and then ma...