Assalamualaikum korang semua. Jadi, seperti yang korang nampak pada tajuk hari ini, Lee ada pesanan untuk sesiapa yang dilema nak pilih matrikulasi atau asasi(dalam konteks ini adalah PASUM) Disclaimer: Oleh kerana,kolej Matrikulasi ini ada di seluruh Malaysia,mungkin ada fakta yang tidak sama dengan kolej Matrikulasi yang lain (seperti keadaan bilik di kolej dan lain-lain.Namun, kalau dari segi sistem pembelajaran, semuanya sama). Cerita Lee ini berdasarkan pengalaman kawan Lee yang berada di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh) dan dari pembacaan blog-blog yang Lee pernah baca.Malah, Lee tiada niat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak, cuma nak beri penjelasan untuk korang di luar sana yang dilemma nak pilih mana satu. Sesiapa yang baca blog Lee buat kali pertama. Selamat berkenalan! Lee merupakan lepasan pelajar PASUM 18/19. Jadi, memang banyaklah Lee akan cerita pasal PASUM kat sini. Untuk pengetahuan korang semua, PASUM=Pusat Asasi Sains Universiti Malaya 1. Tempoh Penga...
Cause I love PASUM so much. 😘