Assalamualaikum wahai readers. Lama dah sis tak update blog. Maklumlah, busy dengan preparation for my degree. Dalam post kali ini, sis akan tulis questions yang selalu orang tanya(macam FAQ about PASUM). And bear in mind, ini zaman sis..(Maybe, korang punya lain sikit). So, siapa yang ada another question nak tanya, boleh comment ye.
P/s: Tahniah kepada students PASUM 19/20 dah masuk. Minggu ni korang midsem 1 kan? Amacam? I wish u all good luck ye..
P/s: Tahniah kepada students PASUM 19/20 dah masuk. Minggu ni korang midsem 1 kan? Amacam? I wish u all good luck ye..
1. PASUM ni berapa tahun?
Ok, PASUM ni sama je macam matriks. 1 tahun. Ada dua semester.
2. PASUM ni kena aktif koko ke baru dapat kolej untuk Sem 2?
Tak. Semua pelajar PASUM diwajibkan tinggal di KUAZ(Kolej Kediaman Ungku Aziz) yang berada di dalam UM jugak. Tapi untuk time degree nanti(di mana2 uni korang kena aktif koko baru dapat kolej kediaman untuk tahun seterusnya. So, kesimpulannya, PASUM bukan DEGREE ye.. So, tak payah nak cari rumah sewa. Also, memang KUAZ tu khas budak PASUM sahaja sebab senang nak buat aktiviti.
3. PASUM student kena pakai macam mana?
Pakaian yang menutup aurat dan sopan. For boys, kemeja dan seluar slack. Masa zaman sis, boys boleh pakai T-shirt berkolar(tapi korang tengok masa taklimat disiplin nanti). For girls, baju kurung/blouse. For non muslim, pakai pakaian sopan. Jangan pakai skirt pendek. Besides, korang kena pakai kasut bertutup(bagi perempuan dan lelaki)-tak kisah warna apa. Kalau korang nak pakai kaut sport pon boleh. Korang jangan pelik. Pakai baju kurung dengan kasut sport tu perkara biasa sebagai budak PASUM. One of the reason is korang kena berjalan banyak. Nak pegi PASUM tu satu hal. Kalau korang ada lab haritu di tingkat 6, lepastu lif rosak. Tak ke naya nak panjat tangga sampai tingkat 6 dengan high heels.
4. PASUM students boleh bawa phone ke kelas?
Boleh.. tapi make sure phone tu silent masa dalam kelas/lecture. Tu common sense lah kan..
5. PASUM students ni ada aktiviti yang seronok ke?
Ada.. Untuk bab ini, sis pecahkan untuk 3 sub topik supaya korang tak pening.
i.AKTIVITI KOLEJ
Ok, aktiviti kolej ini biasanya akan dijalankan di KUAZ dan disusun/dirancang oleh JKP/JTK. So, kepada ketua2 JKP/JTK.. buatlah aktiviti yang seronok(yang semua boleh join).. Baru meriah...
Masa zaman sis, kitorang ada FOFLO(Fight of Floor), di mana dalam KUAZ tu semua aras tu satu team. Contohnya, Aras 2 dari blok A sampai D tu satu team. So, memang meriahlah. Also, masa FOFLO(sebutan FO FLO), kitorang ada main game perang belon. So, semua kena berperang sesama aras. Habis basah weyhh.. Tapi ikhtilat kena jaga eh.. Also, aktiviti kolej ni biasanya korang kena(terpaksa) join sebab nak dapat markah merit.Kenapa? Scroll bawah ye..).
ii.Aktiviti PASUM
Ok, yang ini tiada markah merit tapi korang wajib pergi. WAJIB! Kalau tak nak pergi korang kena hantar surat tunjuk sebab. Aktiviti PASUM tak delah banyak seperti aktiviti kolej. Usually, aktiviti PASUM ini buat every year. So, memang every batch merasa apa yang batch sebelum rasa. Antaranya:
-JOGATHON
Ha.. yang ni macam larian merentas desa je.. Lari keliling UM. Masa zaman sis, track kitorang dari pintu pagar KK5 lepas tu lalu KUAZ. lalu APIDS, and naik bukit, lalu Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Kimia, BIO, DTC lepas tu belok kiri, lalu PASUM, and then tamat di KK5 balik. So, siapa yang ada cita2 nak menang JOGATHON tu, bolehlah ikut track tu. hehehe,, Dan paling best, every participant dapat medal. Tapi tips, siapa yang tak nak masuk acara lari, korang boleh jadi AJK JOGATHON(nanti korang tahu macam mana nak apply jadi AJK). Tapi, ingat, korang akan busy untuk organize JOGATHON sebelum dan pada hari kejadian. So, pilihlah, nak lari ke nak urus.
-Majlis Anugerah Emas(MAE)-sebutan dia pakai ejaan eh.
MAE ini pulak macam event untuk beri hadiah kepada pelajar terbaik(hayat, APIDS dan Fizikal), Pelajar top 20(each from each aliran), pelajar terbaik MUET etc. Masa zaman, yang pelajar terbaik(sahaja) ada dapat duit. Hohoho.. 4 angka. Tapi itu bergantung kepada sponsorlah. Biasanya sebelum MAE, korang kena vote tempat dan tema. Masa sis, kitorang berpeluang buat kan PWTC dan tema ROYAL. So, memang ramailah jadi prince and princess malam tu.(P/s: nanti ada hadiah pakaian paling cantik-pihak PWTC tu yang pilih, bukan Pihak PASUM.So, pakai baju lawa2 dan menutup aurat serta sopan. Nanti korang ada makan2 , ada persembahan etc. Pengangkutan disediakan. Sape yang memang nak fully enjoy masa MAE, korang tak payah apply jadi AJK MAE. Nanti sibuk. hohoho..
iii.Aktiviti Luar Kolej.
Yup, ada luar kolej.
1. SUKMUM(Sukan Mahasiswa Universiti Malaya)
Yang ni siapa yang athletic boleh masuk. Korang akan lawan dengan kolej lain seperti KK1,KK2 etc. Ada macam2 acara. Antaranya, sukan balapan(lari etc), tarik tali, bola tampar, bola jaring,catur etc. Masuk SUKMUM ni memang banyak markah merit dia. Tapi, komitmen korang kena tinggi.Bila petang je ada latihan(not sure kalau everyday, bergantung pada coach) Biasanya, Atlet SUKMUM ni dia dah pilih awal2. So, kalau korang dengar ada audition untuk permainan ni, korang boleh join(untuk sesiapa yang berminat) dan akan ada coach yang akan train korang.
2. ASASI games
Ha.. yang ini pulak berlainan dengan SUKMUM. SUKMUM korang lawan dengan pelajar UM. Pertandingan ni pulak korang lawan dengan other ASASI students dan masa batch sis, diorang buat dengan UTM, Terengganu. huhuhu... Ganu kite...
6. Kat KUAZ boleh delivery tak?
Masa zaman sis kitorang boleh. Actually, memang hari2 abang Food Panda masuk nak delivery makanan. Tapi sis nak bagitau masa order tu korang bagi nama blok. Contoh, Blok Impiana, Blok Flora, Blok Bayu or Blok Awana. Senang abang tu cari blok mana.
7. UM ada wifi tak?
ADA.. nama dia UMWifi. Nanti korang tahulah macam mana nak daftar nanti. Nak kata laju tu.. Laju lah jugak. Tapi kekadang slow sikit.
8. PASUM students ada dapat bantuan kewangan tak?
Ada.. tapi bagi YANG LAYAK SAHAJA(Masa zaman sis). Memang masa dulu2 semua pelajar asasi dapat bantuan. tapi tulah hmmm... P/s:sis tak dapat. So, jangan tanya sis buat ape ek?
(Oh, nak pesan, yang dapat bantuan tu, janganlah korang dok berjoli pulak. Yes, sis tahu itu duit korang, tapi logiklah, duit tu kerajaan bagi untuk beli buku bukan beli tiket konsert artis K-pop yang tak dapat pahala pon kalau korang pergi(emo pulak.. hihihi). Kalau yang jenis fikir masa panjang, korang simpan duit tu untuk kegunaan degree. Sebab degree punya kos jauh lebih mahal compared to ASASI. )
9.Kalau sakit, nak buat macam mana?
Call felo blok anda. Kalau tak nak call, boleh je korang amik GRAB dan pergi klinik kesihatan atau Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Jangan lupa bawak matriks card tu.
10. Kafe KUAZ 24/7 ke?
Tak lah 24/7. Memang bukak hari2 tapi masa sis dulu, dorang bukak sampai pukul 9 malam.
11. Nak dapat lecture notes dari pensyarah kena jumpa pensyarah ke?
Tak pon. Nanti masa di PASUM, korang akan didedahkan dengan penggunaan e-Spectrum. Kat sini korang boleh download notes dari lecturer dan print sendiri(bagi yang ada laptop dan printer). Tapi yang tak de tu.. korang boleh beli di kedai fotokopi di KUAZ. In sha Allah, diorang ada semua lecture notes yang lecturer upload.
12. UM ada masalah air ke?
Alhamdulillah.. Semenjak berada di KUAZ dan PASUM, pernah berlaku sekali je tak de air. Tu pun tak sampai 24/7. Kes dia sebab paip pecah depan library. So, korang tak payah risau.
13. Nak balik rumah/keluar kena ada kebenaran felo ke?
Tak payah. Ni bukan asrama. Korang nak balik, baliklah. Nak keluar jalan2 pergilah. Tapi jangan sampai ponteng lecture/kelas. Nanti dapat surat amaran baru tahu. Sis ada kawan yang banyak kali balik. Kedang 2/3 weeks dah balik rumah di Terengganu. Hehehe.. bagus betul.
14. Boleh keluar jalan2 bila2 masa ke?
Selain waktu pembelajaran di PASUM, korang boleh je keluar. Tapi make sure pukul 12 malam korang dah sampai di KUAZ. Sebab KUAZ ini ada pagar. So, yang balik 12 malam dan ke atas, pepandailah korang.
15. Kad matriks kena pakai 24/7 ke?
Yup.. Sepanjang di PASUM. Kalau duduk dalam bilik kat KUAZ atau nak pergi kafe dalam KUAZ, tak payah lah pakai. hihihi.. Tapi as long as, korang tak berada di KUAZ, korang bawa je matriks card tu.
16. Boleh tak kalau ibu bapa melawat? Kena kebenaran felo ke?
Ibu bapa korang melawat di KUAZ je. Jawapan dia boleh. Asalkan tak masuk blok sebab memang ada peraturan tak boleh bawak strangers masuk blok.(p/s: kat blok tu, ada CCTV dekat tangga ye.. Kalau my parent datang, kitorang jalan2 pergi Mydin, MidValley. Lagi seronok. Yelah, everyday tengok muka kawan je... Tengok muka parents lah pula kan?
17. Agak2 bajet sehari berapa ek?
Hmm... bagi sis setiap kali makan adalah dalam 5/6 ringgit(nasi ye.. tak termasuk air). So, kalau makan tiga kali, adalah dalam RM15 sehari habis.
18. Nanti nak ambil duit.. ATM dekat mana?
ATM ada dekat KK12, Nanti korang carilah... Kalau rajin, CIMB ada dekat dengan DTC tu.. UM ada bank islam juga tapi entah lah dekat mana.. tak ingat. Also, ATM dekat kk12 tu Bank Islam punya. Tapi yang pakai CIMB, Maybank etc boleh je pakai ATM tu sebab kat both ATM dan kad bank korang ada tulis simbol MEPS.
![]() |
Nampak tak simbol MEPS tu? Ha. kalau yang tu korang boleh guna mana2 ATM yang juga ada simbol MEPS. Even tho, ATM berlainan dengan jenis kad bank korang, still boleh ok? |
19. Ada kelas malam tak?
Hohoho.. Tiada ye.. Memang budak PASUM kelas habis kelas max sampai pukul 5(lainlah ada kelas ganti yang extend sampai pukul 6). So, tak payah susah nak jalan dari KUAZ ke PASUM malam2. Tapi biasanya, waktu malam nilah yang diadakan aktiviti kolejnya atau kalau korang nak keluar jalan2.
20. Kalau pergi kelas/lecture , attendance ambil tak?
Yup.. Certain lecturer akan bagi attendance list untuk korang tandatangan. Tapi, ada certain lecturer pakai QR code(uuuu.. canggihkan?) Macam mana QR Code tu? Nanti korang diarahkan download apps UM and then masa lecture, lecturer akan paparkan QR code besar2 and then korang guna apps tu untuk scan QR Code diberi. So, siapa yang tak scan dikira tak hadir. So. say no to ponteng.
21. Waktu belajar di PASUM?
Average 8 pagi hingga 5 petang(bergantung kepada jadual kelas korang). Dan hanya ada gap sejam iaitu 1 sampai 2 petang untuk lunch dan solat. So, manage your time wisely.
22. Kalau TERhilangkan kunci bilik, nak buat apa?
Pergi kat pejabat, and then korang kena bayar RM 50(zaman sis)
23. Dalam satu kelas tutorial, average berapa orang?
Average dalam 20-23 orang lah satu kelas. Dan kelas tutorial korang disusun mengikut birthday. Contoh, kalau korang lahir bulan Januari, so, kelas tutorial korang semua lahir Januari(dan birthday korang dekat2). So, bolehlah nak sambut sama2 kan?
24. Kena sediakan buku latihan untuk kelas tutorial(macam kat sekolah)?
Jawapan dia adalah bergantung dengan korang. Kalau korang suka jenis buku. Korang akan tampal soalan tutorial dalam buku and then jawab dalam buku tu. Tapi yang biasa orang buat, soalan tutorial tu korang buat testpad and then staple sekali dengan kertas tutorial and simpan dalam fail.
25. Reference book wajib ada ke?
Siapa yang nak info lebih, boleh je beli. Harga dalam RM60 je(nanti ada jual masa minggu awal2 korang kat PASUM). Kalau yang tak mampu, boleh pinjam di library PASUM(bukan library UM tau).
26. Macam mana nak pinjam buku di library PASUM?
Korang just bagi kad matriks dan buku tu kepada pihak assistant di kaunter je. Nanti dia uruskan.
27. Haiwan peliharaan boleh bawa ke KUAZ tak?
Jawapan dia tak boleh. Walaupun korang sayang macam mana pon, please jangan bawa. Nanti korang menganggu orang(certain orang takut kucing) dan korang juga kena jaga hati roomate korang. Maybe dorang cakap tak pe, tapi kalau dia berak atas katil macam mana.(p/s: pernah terjadi. Tapi bukan kucing orang bawa, tapi kucing datang sendiri.(ada yang memang kat kafe). P/s: ini memang mention dalam peraturan di KUAZ.
28. Pukul berapa light off/tutup lampu?
Tak payah light off pon. Ni bukan asrama ye.. Also, sis sarankan yang nak tidur tu, korang tutuplah lampu. Yang takut gelap, belajar adapt sebab ada certain orang yang tak boleh tidur kalau bukak lampu. Please bertimbang rasa. Jangan selfish. P/s: kalau waktu exam ada je bilik 24/7 buka lampu.. Hmmm.. Biasalah tu).
29. Ampaian ada dekat aras bawah je ke?
Tak delah,. Every aras ada tali ampaian(dekat koridor). Nanti korang masuk korang tahulah. Also, kalau korang sidai kain, jangan korang conquer seminggu tu. Kalau dah kering, angkatlah sebab orang lain nak guna jugak. Yang ada duit lebih, boleh je guna dryer, terus kering. Tak payah nak jemur dah. Tapi makan kos lah sikit.
30. Dalam tandas shower ke kolah? Tandas duduk ke cangkung?
Hahaha.. maybe ada antara korang yang rasa benda ni lawak. Btw, kalau kat KUAZ, hanya ada shower sahaja. Tak denya kolah2. Untuk tandas, ada kedua dua jenis tandas. So, don't worry.
31. Laptop wajib ke?
Tak wajib pon sebab budak asasi mostly masih pakai testpad(Please prepare banyak2). Tapi, mengikut pengalaman sis yang ada roomate aliran fizikal, bagi sis kepada pelajar fizikal, korang better bawa laptop sebab senang nak buat kerja programming korang. Kalau yang tak mampu beli, jangan paksa mak ayah korang beli, korang pinjam dengan sesiapa yang ada.(P/s: dah pinjam tuh, reti pulangkan balik ye.. Btw, kalau korang pinjam untuk buat kerja programming, habis je kerja korang terus pulangkan balik. Jangan suka hati buka Youtube, Netflix etc dalam laptop kawan korang.)
32. Boleh bawa motor/kereta tak?
Untuk pelajar PASUM, korang tidak boleh bawak apa2 kenderaan. Siapa yang curi2 bawa.. nanti kalau kena clamp, korang tanggunglah sendiri. Masa sis dulu, sis bawak basikal(tak payah nak daftar pon), nanti parkir dekat depan bangunan PASUM(ada parkir khas untuk korang). Jangan parking merata.. nanti kena clamp baru tahu. Selain itu, pihak UM juga ada menyediakan UNIRIDE
Belas Ihsan Google |
Ha.. itulah UNIRIDE. Dia macam motorsikal+basikal. Tapi korang tak payah kayuh pon(kecuali bateri dia habis). Macam mana nak pakai? Korang kena daftar. Every ride kena bayar. Nanti abang UNIRIDE tu datang masa korang awal2 di KUAZ. Ha.. nanti korang tanyalah abang tu.
33. Extension wire nak bawak ke?
Boleh. So, takdelah berebut suis dengan roomates yang lain.
34. Any safety tips?
1Jangan bawa accesories yang mahal2.
2Pastikan bawa beg dompet anda kemana2 sahaja ketika berada di PASUM( even nak ke tandas, nak pegi solat). Kalau malas nak letak dalam poket suruh kawan jagakan. Jangan letak dompet dalam beg sebab masa zaman sis dulu, ada case budak hilang beg dompet. So, for girls, yang berbaju kurung, korang boleh suruh tukang jahit tambah poket kat baju. Senang woo..
3. Kunci bilik everytime nak keluar(kalau roomates lain pon tak de juga dalam bilik). Memang kalau korang masuk blok pon, memang ada papan tanda warna merah suruh kunci bilik sebab kecurian boleh berlaku dimana2 sahaja.
4. Yang bawak basikal, sila lock basikal anda.
5. Jangan jalan sorang2 sewaktu nak pergi kelas sebab BAHAYA ada dimana-mana.
35. Ada kejadian2 mistik di KUAZ?
Alhamdulilllah.. Masa zaman sis, tiada kes yang melibatkan makhluk halus ini.
36. Apa yang must try dekat UM?
Yelah, korang kena enjoy study ni. Bukan TERPAKSA. So, siapa yang nak release tension, boleh try kayak di Tasik Varsiti, UM. Just bawak kad matriks, nanti boleh dapat harga pelajar UM. Kalau tak silap kurang dari RM 5. Tak tahulah zaman korang naik harga pulak.
37. Kalau nak tukar bilik di KUAZ, boleh tak?
Hmm.. sebenarnya depend pada pejabat KUAZ. Sis pernahlah dengar2 siapa yang nak tukar bilik kena bagi sebab kat pengetua(Wallahualam). Mesti korang pelik kenapa nak tukar bilik? Hmm.. banyak sebabnya. Tapi sis sarankan, korang terima seadanya roomates korang. Kalau nak tegur, tegurlah baik2. Jangan sikit2 luah perasaan/perli dekat twitter/instagram. Tak matured langsung. Korang face to face lah.. Dalam hidup ni, tak semua benda korang dapat, kalau dapat roomate yang suka buat konsert dalam bilik, korang boleh study dekat tempat study yang KUAZ sediakan setiap blok(nama dia study cube). Yang si roomate pulak, korang mesti ada common sense. Orang tengah study/tidur, jangan cakap kuat2, jangan nyanyi, jangan pasang drama kuat2. Orang tengah solat, jangan buat bising(tak lama pon paling lama pon 10 minit). Jangan sesuka hati bawa kawan(satu kelas)kedalambilik korang. Hormati others. Bilik dah lah sempit, duduk 4 orang sebilik . lagilah sesak. Ni korang bawa pulak orang lain. Bertambah sempit dan sesaklah. Kalau sekali dua tidak apa(minta kebenaran semua roomate dulu) kalau hari2 ?. Benda ni selalu jadi. Yang orang datang bilik, korang duduk kejap jelah, and then balik bilik. Jangan beri alasan macam2.. Tak suka roomates lah... apelah.. Kalau tak nak duduk bilik, pergi pejabat minta tukar bilik. Jangan letak bebanan kita pada orang lain. Memang sometimes, roomate(bilik yang ditumpang) macam cakap tak kisah je kan. Tapi trust me, adab orang melayu tak suka membebankan orang lain atau cakap tak nak. Contohnya, kalau korang tanya roomate korang boleh tak bawak sorang kawan masuk balik(yang ini kes bila bawak masuk banyak kali)... memang certain orang akan cakap dia okay je.. Tapi, sebenarnya dia tak rela. Korang kena jaga hak roomate korang.
38. Di KUAZ ada meja study kan?
Yup, semua orang ada satu. Kalau nak bawa lampu belajar pon digalakkan. Tak perlu daftar pon. Btw, tolong kemas meja korang after habis belajar. Kesian roomates, nak menghadap sepah yang korang buat even tu meja korang.
39. Kat KUAZ ada tak solat berjemaah.
Ada. Di surau KUAZ. Biasanya, ada solat Subuh,Maghrib dan Isyak berjemaah. Zohor dan Asar biasanya tak sempat berjemaah sebab time tu korang di PASUM.
40. Lelaki solat Jumaat dekat mana?
Biasanya diorang solat dekat Masjid Ar-Rahman dekat pintu gerbang UM(yang nak keluar ke Mid Valley/KL Gateway). Tiada bas disediakan. Korang boleh je jalan kaki. Yang nak naik GRAB boleh je.. tapi biasanya GRAB busy masa time solat jumaat.So, nak senang, after habis kelas hari Jumaat tu, korang lunch dekat kafe PASUM and then terus gerak ke masjid. Tak payah nak balik KUAZ lagi.
41. Pembelajaran di PASUM dalam English ke BM?
Untuk bahasa pengantar dalam lecture hall, biasanya lecturer pakai both. Tapi untuk lecture notes, quizes dan tests semuanya 100% English. Hanya di Final je korang dibolehkan menjawab Bahasa Melayu/English. Tapi biasanya students pakai English. Yelah, korang belajar English, tiba2 nak pakai BM.. dah satu kerja nak translate ke BM semasa dalam exam hall.
42. Perlu bawa seterika/papan penggosok/ampaian?
Tak perlu... Semuanya sudah tersedia di KUAZ. Lagi satu, seterika ni barang larangan. Kalau kantoi kena denda. Ampaian tu tak payah bawa... menyemak veranda korang je... Jemur di ampaian yang tersedia je. Kalau nak bawa juga... Bawalah(ampaian je.. bukan seterika)
43. Kalau peralatan yang disediakan di KUAZ rosak, macam mana?
Ha.. korang tak perlu panik ke apa... Just report dekat pejabat KUAZ.. nanti korang kena isi borang. Setahu sis tiada bayaran dikenakan. Antara barang yang korang boleh report,(seterika rosak, lampu mati, paip pecah, kipas rosak etc)
44. Ada tak idea yang boleh buat dalam kalangan tutormates?
Masa zaman sis, ramai tutorial class buat game Manito. Game ni basically, korang undi nama secara rawak. Nama tu adalah penerima hadiah korang tetapi korang kena rahsia. And then buat satu hari untuk buat Manito ni di mana semua orang bawa hadiah masing2 untuk beri kepada penerimanya. Benda ni memang best especially korang buat masa bulan birthday korang. Tapi, bajet tu jangan melampau lampau sangat. Korang still mampu tapi maybe ada tutormates yang tak mampu. Just buat simple2 je.. Belanja makan kat kafe ke etc.
45. PASUM banyak cuti tak?
Hahahaha.. masa zaman sis.,sem 1 sikit cuti.Mula2 jealouslah dengan budak dengkil dapat cuti semester berminggu-minggu.. Kitorang seminggu je.. Tapi bila sem 2 banyak pulak(banyak lah compared tu sem 1.. Alhamdulillah) Sis pula yang tak suka cuti sebab nanti lecturer laju2. Aduiii.. So, korang jangan jealous ye.. Bersyukur dengan apa yang ada.
46.Pelajar PASUM kena ambil MUET macam budak STPM juga ke?
YUP. KORANG WAJIB AMBIL. Urusan pendaftaran jangan risau, pihak PASUM akan uruskan. Korang just kena practice alot for MUET sebab kadang2 certain course untuk degree nanti memerlukan certain Band dalam MUET. For example, dalam course Medicine(MBBS) di UM at least Band 4. Jadi siapa yang dapat Band 3 memang terlepas peluang korang.
47. Macam mana nak kira pointer keseluruhan?
Tambah pointer sem1 dan sem 2 and then bahagi 2(secara umumnya). Jadi siapa yang nak 4 flat.. korang kena 4 flat sem 1.
48. Apa kelebihan budak PASUM?
i. Korang akan didedahkan dengan kehidupan universiti dan style belajar dan lecturer mengajar. So, im sha Allah semasa degree, korang tak culture shock sangat.
ii.Peluang untuk sambung di UM tinggi sebab nanti selain isi UPU untuk course degree, korang kena isi dalam satu lagi sistem(UNTUK STUDENT PASUM SAHAJA). Sistem ni(tak ingat nama penuh) dimana ada beberapa tempat yang telah direserve untuk student di PASUM. Kalau dalam UPU, korang compete dengan satu Malaysia. Kalau dalam sistem ini, korang hanya compete dalam kalangan PASUM sahaja. For example, korang minta Medic and korang 4 flat. Katakanlah semua yang minta medic dalam sistem itu 4 flatters, dalam konteks ini, markah merit main peranan. Kalau korang memang aktif dalam koko, peluang korang untuk dapat medic(interview je ye.. Pass interview baru dapat course ye) sebab markah merit korang tinggi. Tapi bear in mind, Kalau contoh korang pilih medic UM sebagai first choice dalam sistem ini... and then korang pilih medic UKM dalam first choice UPU.. If korang layak dua2... korang akan dapat yang UM bukan UKM. If korang pass dalam sistem ini, korang akan dapat UM instead of UPU result. Tapi yang tak pass dalam sistem ini, korang still boleh minta medic UM as your first choice di UPU. Kiranya UPU ni macam back up. (JANGAN PILIH COURSE SEBAB NAK UM JE... INSTEAD, KORANG PILIH APA YANG KORANG NAK TAK KIRA MANA2 UNIVERSITI)
49. Sem1 dan Sem 2 ini mana lagi penting?
Actually, both semester adalah penting. Tetapi, SEM 1 SANGAT PENTING UNTUK KORANG MINTAK COURSE DI UPU. Tak faham? Ok, macam ni... bila dah habis sem 1, biasanya masa tulah UPU untuk degree buka. SO, KORANG WAJIB DAFTAR DAN BELI PIN KAT BSN SEMUA TU.. JANGAN TERLEPAS YE.. KALAU TERLEPAS, KORANG RUGI SETAHUN SEBAB TAK BOLEH PERGI KE DEGREE. So, Untuk korang mohon course di UPU, korang akan guna Sem 1. For example, both A,B dan C minat Medic. A dan B adalah 4 flatters manakala C dapat 3.5. Jadi A dan B layak mohon Medic di UM manakala C tak layak dah(dah terlepas peluang sebab kat UM, requirement pointer medic agak tinggi. Jadi, hanya A dan B sahaja boleh pergi interview Medic(interview biasanya diadakan sebelum result Sem 2 keluar). After result sem 2 dan pointer keseluruhan keluar. A dapat kekalkan 4 flat di sem 2 jadi CGPA si A ni 4 flat. B pula dapat 3.5 di sem 2 dan CGPA dia adalah 3.75. Jadi, besar kemungkinan A yang akan dapat Medic UM dan B tak dapat(sebab biasanya medic UM memang 4 flatters). Nampak tak macam mana sistem tu berjalan? So, korang kena maintain result ye.. Sesiapa yang nak medic(mana2 medic di IPTA) nak selamat korang kena dapat 4 flat.
50. Boleh tak after asasi nak mintak course bukan Sains?
Boleh.. tapi bukan dalam sistem UM(rujuk no 48). Sistem UM tu hanya untuk course sains sahaja. Untuk pilih course bukan sains boleh minta melalui UPU.
Hi, I'm planning on pursuing law after asasi. Can I know if you have any friends that succesfully pursued a non-science related degree in UM after asasi sains at UM? Sebab ada a few blogs kata if ambil asasi sains in UM, memang tak boleh nak ambil non-science related degree kat UM after graduate.....
ReplyDeleteHi.. Jawapan dia boleh. Begini ceritanya, oleh sebab pelajar Pasum tak confirm ditempatkan di UM nanti(sebab kalau tengok batch dulu dulu, memang pelajar PASUM confirm masuk UM), jadi sebagai student PASUM ada kelebihan yang lain di mana selain UPU, ada satu lagi sistem(Lee tak ingat nama apa). Sistem tu macam UPU tetapi hanya menawarkan kos di UM sahaja serta kos kos yang ditawarkan itu hanyalah related to science field. Sekiranya awak mahu ambil law, boleh, tetapi awak kena mohon melalui UPU yang menawarkan kos di serata universiti.(Bab sistem ini Lee tak berani sentuh sangat takut salah tetapi nanti bila awak masuk PASUM, akan ada orang yang ditugaskan untuk terang pasal sistem ini semula).
DeletePendek kata, sekiranya awak memang betul betul nak ambil law, awak boleh pilih untuk tidak mengisi sistem UM dan hanya bergantung pada sistem UPU sahaja.
Tetapi pada pandangan Lee, kalau awak berminat ambil law, awak boleh pilih ASASI Law di UITM Dengkil sebab bila waktu asasi ini lah yang akan membentuk asas di mana sekiranya awak dah ada basic asas yang kukuh untuk kos yang awak nak, tak delah awak struggle masa first year degree sangat. Jangan risau sekiranya awak ambil Asasi Law di UITM Dengkil, awak masih boleh ambil kos law di UM kerana UM dan UITM tidak mewajibkan pelajar lepasan asasi mereka menyambung pelajaran di universiti yang sama. Jikalau awak ambil kos asasi law di dengkil, sekurang kurangnya asak sudah dapat asas untuk kos law awak waktu degree nanti. Ada juga universiti-universiti lain yang menawarkan kursus law di peringkat asasi(seperti Uia p/s: saya pernah jumpa student law asasi uia cawangan kuantan so memang betullah kewujudan kos tu). Tetapi sekiranya ambil asasi law, secara automatik awak akan teruskan pengajian di UIA untuk degree. Kalau tak skor zaman asasi, biasanya akan dapat kos lain tetapi masij di uia.
Bagi Lee, kalau awak memang betul-betul berminat nak ambil law, buang masa awak sahaja untuk belajar aliran sains TETAPI kalau awak masih lagi goyah(macam "HMM.. MACAM BEST JE LAW instead of AKU MEMANG NAK JADI BUDAK LAW), Lee sarankan ambil aliran sains sebab pada pandangan Lee, pelajar aliran sains ni ada bidang yang boleh dipilih semasa degree agak luas berbanding pelajar aliran lain. Oleh itu, fikir masak-masak ya. Ini masa hadapan awak. Lee dulu pun berminat nak ambil medicine sebelum masuk PASUM, tapi last sekali Tuhan tunjuk medicine is not for me, instead I go for Genetics but I'm lucky enough that genetics is also biology related field.
Sorry kalau panjang, Lee nak tekankan benda ini penting. Jangan pilih PASUM kerana nama atau boleh glamour dengan budak asasi lain(i tell u since im not studying in UM anymore, my friends in my uni pandang budak PASUM ni hebat(but Lee ni biasa biasa je ye ). Tak semestinya masuk PASUM berjaya. Ada lecturer bio Lee dulu pernah cakap,Lee tak ingat ayat sebenar, tapi point utama dia, orang yang kurang berjaya di PASUM bukan kerana dia tu tidak pandai tetapi dia tidak boleh sesuaikan diri dengan persekitaran ). Anyways, good luck for your future.
With love,
LeeYaSya😊